
![]() |
Sujud Syukur
Thursday, March 21, 2013 | 6:35 AM | 0 star
Alhamdulillah. Itu kata pertama yang keluar dari mulut aku setelah melihat keputusan STPM aku. Tanggal 18hb keputusan STPM diumumkan. Perasaan gelisah, gementar bercampur baur dalam diri aku. Tipulah kalau aku tak rasa semua perasaan itu. Keputusan diluar jangkaan aku sebab dalam tempoh aku bergelar pelajar tingkatan 6, aku langsung tak pernah dapat keputusan yang membanggakan. Sampai kadang2 aku rasa putus asa & terasa diri sangat bodoh. Aku terasa macam mimpi disiang hari selepas melihat keputusan aku. Air mata aku menitis setitik demi setitik. Khabar gembira aku kongsi bersama dengan rakan-rakan yang lain. Walaupun aku tak dapat anugerah pelajar cemerlang tapi aku rasa pointer yang aku dapat sangat berbaloi dengan usaha aku selama ini. Lepas dapat keputusan aku terus bergegas pulang ke rumah. Khabar gembira aku kongsikan bersama ayah & mama. Buat pertama kalinya aku membanggakan ayah & mama. Pelukan & ucapan tahniah aku dapat dari ayah & mama aku. Terima kasih buat ayah & mama sentiasa mengiringi doa semasa aku bertempur dengan kertas peperiksaan. Aku dah buktikan yang aku boleh walaupun spm aku pernah gagal untuk ke universiti. Insyallah, jika ada rezeki aku akan menjejakkan kaki ke alam universiti yang penuh dengan cabaran. Terima Kasih Ya Allah, sentiasa mendengar rintihan doa aku :)
Sehingga ke hari ini aku masih tidak percaya dengan keputusan yang aku dapat. Yelah, selama aku periksa aku tak pernah capai 3.00. Sedih dan gembira bila melihat keputusan aku ni. MIRACLE! Terima Kasih Ya Allah :')
|